Wednesday 30 October 2013

Keputusan Pilihan Raya





Keputusan RASMI Pilihanraya Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama(PERWADAH) sesi 2013/2014:


MT
NAMA UNDIAN
1. AMIR SYAZANI BIN MASDAR (T3) -165
2. NUR AFIFAH BT. MOHD NAJIB (T3) -148
3. MOHAMAD RAZI B. JALAL (T2) -132
4. MOHAMMAD HAKIMI B. MOHAMED SALLEH (T3) -123
5. NADIAH HAZIRAH BT. MD. ARIFFIN (T2) -89

EXCO
NAMA UNDIAN
1. MOHAMMAD AKIF BIN JAMAWI (T3) -157
2. MOHD NAUFAL BIN MAT RAMLY (T3) - 137
3. NORHASHLIN BT MD. AKIP (T3) -136 
4. NORAHMAD SHAMIL B. EROZA (T2) -135
5. MUHAMMAD RABBANI B. MANAF (T1) -133
6. FATIMAH NAJWA BINTI MUSANIFF (T2) -129
7. NURUL JANNAH BT JABUDIN (T3) -118
8. MUHAMMAD HILMI AMRI B. MOHD SALEHUDDIN (T1) -109
9. MOHAMAD AZMI B. MOHD SHAFEE (T1) -105
10. NUR BASMAH BT SALLEH (T1) -90
11. AKMAL KHAIRUNNISA’ BIN ABDUL KADIR(T2) -87
12. ARIF B. YUSUF (T2) -83


Kabinet exco akan dibentuk tidak lama lagi, moga kepimpinan kali ini akan terus membawa kejayaan dan kemajuan buat PERWADAH dan ahli-ahlinya.

"Akidah Jitu Ummat Berpadu"

Friday 4 October 2013

Akhlak dan Masyarakat

 
 
 
 
 
 
 
 
Akhlak pada hari ini cuma pelengkap pada diri seseorang manusia. Ia bukan lagi satu keperluan yang menjadi perhatian yang sewajarnya. Umat Islam pada hari ini sudah lari kefahaman yang tepat tentang akhlak. Apa yang menjadi tumpuan adalah kecemerlangan zahiriah iaitu pada bidang akademik dan material. Walaupun pada hakikatnya, akademik dan material bukanlah erti pada kejayaan yang hakiki.

Syeikh Syakib Arsalan, seorang pemikir Islam abad ke 20 Masihi menegaskan di dalam bukunya Li Mādhā Ta’akhkhara al-Muslimūn wa Li Mādhā Taqaddama Ghayruhum bahaerbwa punca terbesar kemunduran bagi umat Islam adalah kerosakan budi pekerti. Budi pekerti atau akhlak adalah elemen utama dalam pembangunan sesebuah tamadun dunia, melebihi kepentingan ilmu pengetahuan.


Memetik puisi daripada Shawqi Beik, 
Sesungguhnya umat-umat itu tidak lain melainkan akhlak. Selama ia tetap ada pada sesuatu umat, maka umat itu tetap ada, dan jika akhlak mereka itu lenyap, maka mereka pun akan lenyap juga.
Al-Ghazzali dalam Iḥya’ ᶜUlūm al-Dīn mendefinisikan akhlak sebagai kondisi jiwa yang tetap sehingga segala perilaku seseorang tercermin daripadanya tanpa memerlukan persiapan dan pemikiran. Secara ringkasnya, ia adalah gaya hidup yang mencorak cara hidup manusia dan memandunya ke arah kebaikan.
Hadirnya Nabi Muhammad SAW bukan sahaja membawa akidah tawhid yang benar, bahkan menyempurnakan akhlak yang mulia bagi umat manusia. Ia tercermin dalam hadith buᶜithtu li utammima makārima al-akhlāq (Aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak)
Firman Allah SWT, 
"Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia." (Surah al-Qalam: 4)
Jikalau akhlak bukan satu elemen yang penting dalam kehidupan, masakan Baginda SAW diutuskan untuk tugas itu? Jelas, akhlak adalah elemen terpenting dalam pembangunan insani. Tamadun yang dibangunkan tanpa nilai akhlak tidak akan kekal lama. Dalam al-Quran kita dapati kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia seperti kisah kaum Lut, Thamud, kaum Nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain menunjukkan bahawa sesuatu ummah itu kekal kerana kukuhnya akhlak dan juga runtuhnya sesuatu ummah kerana lemahnya akhlaknya. 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah yang diasaskan oleh Soren Aabyye Kiekegaard (1813-1955), seorang ahli falsafah Denmark ini menekankan kebebasan memilih (free will) dalam kalangan manusia seperti yang tercatat dalam karyanya Either/Or. Karya beliau seperti Fear and Trembling, Works of Love dan Training in Christianity mendorong kepada lahirnya faham eksistensialisme yang bersifat kritikan terhadap konsep ketuhanan.
Sartre, antara tokoh dalam eksistensialisme mendokong faham subjektivisme iaitu, segala peratutan dan tanggungjawab adalah hasil daripada perbuatan manusia sendiri dan menolak autoriti nilai yang ditetapkan oleh pihak selain manusia (Tuhan). Dia menjelaskan,
If I regard a certain course of action as good, it is only I who choose to say that is good and not bad
 Inilah fahaman Barat yang mula menular sedikit demi sedikit dalam masyarakat moden hatta umat Islam pada masa kini. Segala perbuatan adalah bergantung kepada individu itu sendiri samada ingin mentakrifkannya sebagai baik atau sebaliknya. Peranan shariᶜat seolah-olah diketepikan dan sifat pentingkan diri menguasai kehidupan manusia.

Islam Telah Sempurna
Keruntuhan moral dalam Tamadun Barat adalah akibat falsafah-falsafah yang dibina oleh mereka sendiri bagi menggantikan rasa kosong dalam jiwa mereka yang tidak beragama. Umat Islam sewajarnya tidak terikut-ikut dengan faham sebegini kerana Islam telah menyediakan solusi yang terbaik untuk kejayaan yang hakiki.

Berapa ramai yang cemerlang akademiknya tetapi berhadapan dengan masalah akhlak dan moral. Kejayaan dalam kehidupan adalah bergantung kepada kecemerlangan akhlaknya. Individu yang baik akhlaknya pasti membawa natijah yang baik kepada masyarakat manakala individu yang cemerlang akademiknya namun tidak mempunyai akhlak yang baik belum tentu mampu membawa natijah yang sama kepada masyarakat. Bahkan, kecenderungannya untuk membawa kerosakan kepada masyarakat adalah lebih tinggi. 

Syeikh Abu al-Hasan Ali al-Nadwi di dalam Mādhā Khathira al-ᶜAlām bi Inḥiṭāt al-Muslimīn
 menggambarkan kedatangan Rasulullah sebagai menghidupan kemanusiaan yang telah mati. Kemanusiaan yang dahulunya meraba-raba, kini telah memperoleh cahaya dan sanggup memimpin berbagai bangsa ke jalan yang terang. 

Firman Allah SWT, 
"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia... " (Al-An'am: 122)

Daripada Abi Darda' radhiallahuanhu, sabda Nabi SAW,
 ليس شيء أثقل في الميزان من الخلق الحسن
"Tiada sesuatu yang lebih berat di atas timbangan amal melainkan akhlak yang baik"
(Riwayat al-Suyuti)
 
 
Sumber: Klik Disini
 
All right reserved to Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah Dan Agama. Template by Perwadah USIM