Alhamdulillah. Persatuan
Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) berjaya menganjurkan
satu program iaitu Wednesday Public Lecture yang mampu memenuhkan dewan DKF1.2 dengan manusia yang dahaga akan
ilmu-ilmu yang berkaitan dengan akidah. Ramai yang membanjiri dewan kuliah
fakulti itu.
Hal
ini sedikit sebanyak mempositifkan fikiran orang ramai yang lazimnya kita
dengar, 'muda-mudi sekarang dah tak minat belajar agama', 'budak-budak zaman
sekarang mana nak ambil tahu hal-hal agama ni'. Orang mudalah yang semangatnya
paling berkobar-kobar untuk mencari dan menuntut ilmu, terutama ilmu-ilmu
agama.
Bro
Lim Jooi Soon merupakan seorang bekas penganut agama Buddha dan Kristian.
Beliau menghafaz al-quran dan juga Bible.
Beliau
kekalkan nama beliau, walaupun setelah memeluk Islam, atas beberapa sebab.
Salah satunya, beliau tidak mahu adat masyarakat memandang bahawa, orang Islam
mesti ada pada nama-nama Arab saja. Beliau juga menjelaskan makna nama beliau.
Lim
- nama keluarga
Jooi
- nama keturunan
Soon
- nama beliau yang bermaksud menuju kejayaan
Perkongsian
Bro Lim selama hampir 2 jam itu banyak berkisar tentang perbezaan Islam dan
Kristian.
Bro
Lim menerangkan bahawa, Kristian bermakna mereka yang ikut Jesus Christ iaitu
Nabi Isa 'alaihissalam. Muslim pula merupakan satu-satunya, yang bukan Kristian
yang percaya pada Nabi Isa 'alaihissalam. Berdasarkan perkongsian ilmu oleh Bro
Lim tempoh hari, di sini, dikongsikan secara ringkas beberapa nota yang
dirasakan penting untuk kita ketahui.
1)
Dosa Warisan - Menurut Kristian, dosa itu boleh diwarisi. Dosa akan
diwarisi oleh seluruh keturunan manusia. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan, pasti
akan mewarisi dosa. Tetapi dalam Islam, dosa tidak diwarisi. Sebagai contoh,
ayah suka makan dan minum manisan, akan tetapi, si anak yang terkena penyakit
kencing manis. Relevankah?
"Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an)
untuk manusia dengan membawa kebenaran; siapa yang mendapat petunjuk, maka
(petunjuk itu) untuk dirinya sendiri, dan siapa yang sesat maka sesungguhnya
dia semata-mata sesat buat (kerugian) dirinya sendiri dan kamu sekali-kali
bukanlah orang yang bertanggung jawab terhadap mereka." (Surah az-Zumar :
41)
2) Isa adalah anak kandung Allah
Ini sangatlah bertentangan dengan Islam.
"Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata:
"Sesungguhnya Allah adalah Al Masih putra Maryam", padahal Al Masih
(sendiri) berkata: "Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan
Tuhanmu" Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah,
maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka,
tidaklah ada bagi orang-orang lalim itu seorang penolong pun."
3) Isa mati disalib untuk menebus dosa manusia.
Logikkah? Cuba kita fikirkan sejenak. Tuhan yang mengutus Isa,
jadi sepatutnya kita perlu berterima kasih pada yang mengutus atau pada yang
diutus? Hakikatnya, Isa tidak mati disalib. Puncanya adalah Judas (anak murid
Isa) yang mengkhianatinya.
"dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya Kami telah
membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak
membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah)
orang yang diserupakan dengan 'Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang
berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan
tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang
dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin
bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa.
Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya.
Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah an-Nisaa' : 157-158)
4) Isa adalah Tuhan dalam
bentuk manusia.
Perkara ini juga bertentangan. Dalam Bible sendiri, tak pernah ada
disebut bahawa Isa adalah Tuhan.
Kebanyakan ajaran dan kepercayaan dalam agama Kristian ini adalah
berasal daripada Paul.
Kesimpulan
Allah Maha Berkuasa. Dia mampu melakukan apa-apa saja, mengikut
sifat-sifatNya yang Maha Baik dan Penyayang itu. Allah mencipta malaikat bukan
untuk meringankan kerja-kerjaNya, akan tetapi, sebagai bukti bahawa Dia Maha
Berkuasa mencipta mahkluk yang 100% taat dengan perintahNya.
Orang Islam terbahagi kepada dua iaitu :-
1) Islam pada keturunan
2) Islam pada amalannya yang betul-betul mengamalkan Islam
berdasarkan sumber.
Jadi, jika mahu berdakwah dengan orang bukan Islam seperti
Kristian, kita perlu akan hujah dan dalil 'aqli dan naqli serta perlu tahu
tentang isi kandungan Bible atau nama Melayunya, al-Kitab. Bilamana kita dapat
kuasai ilmu hujah dan perdebatan dengan baik dan berhikmah, maka, di situ kita
takkan goyah seperti yang telah dibuktikan oleh Rasulullah, para sahabat, Imam
Ghazali yang digelar Hujjatul Islam, Imam al-Baqillani dan sebagainya. InsyaAllah.
P/S : Untuk bacaan dan penerangan lebih lanjut dan mendalam, boleh
rujuk dan baca buku penulis sendiri, '7 PERSOALAN BERKENAAN ASAS-ASAS AGAMA
KRISTIAN' dan juga buku 'SOALAN KONTEMPORARI'. Sangat bermanfaat.
Moga bermanfaat perkongsian yang serba sedikit ini. Sekian. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment