Friday, 6 September 2013

[PERWADAHterkini]Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama bertukar tangan


Assalamualaikum w.b.t

Jawatan bagi Ketua Program bagi Pengajian Akidah dan Agama telah pun diputuskan. Maka secara rasminya Professor Madya Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni al-Bugisi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ustaz Wan Mohd Fazrul Azdi B. Wan Razali yang sedang menyambung PhD nya di UKM.


Ustaz Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali


Maka berbesar hatilah kami dengan pelantikan ini. Dapat juga berbincang singkat tadi bersama Ayahanda baru berkenaan misi dan rancangan beliau bagi pelajar Akidah dan Agama. Kami seluruh ahli keluarga besar PERWADAH mengucapkan Mabruk dan Tahniah atas perlantikan ini dan berbesar hati serta akan sama2 mengerah tenaga membantu mana yang termampu bagi menjayakan dasar2 PERWADAH. 

 
Prof. Madya Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni




Berikut adalah CV bagi Prof. Madya Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni[Klik Disini]
 
Maka berbesar hatilah kami dengan pelantikan ini. Dapat juga berbincang singkat tadi bersama Ayahanda baru berkenaan misi dan rancangan beliau bagi pelajar Akidah dan Agama. Kami seluruh ahli keluarga besar PERWADAH mengucapkan Mabruk dan Tahniah atas perlantikan ini dan berbesar hati serta akan sama2 mengerah tenaga membantu mana yang termampu bagi menjayakan dasar-dasar PERWADAH.

 
"Akidah Jitu Ummat Berpadu"

Mohamad Hakimi Bin Mohamed Salleh,
Presiden,
PERWADAH sesi 2012/2013.
Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan,
Univerisiti Sains Islam Malaysia

Saturday, 16 March 2013

Perginya Seorang Siswi Berjiwa Hebat | Iktibar buat yang berakal


UTEM : KRONOLOGI PEMERGIAN SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR KE RAHMATULLAH!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

6 Jan 2013 (Ahad) : Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin) : Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan. Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi.

8 Jan 2013 (Selasa) : Gerakan mengumpul derma untuk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu) : Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

Friday, 11 January 2013

Kenyataan Rasmi PERWADAH Berhubung Isu Penggunaan Kalimah Allah Dalam Konteks Malaysia



Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan seru sekian alam. Selawat dan salam  buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w penutup sekalian para Nabi dan Rasul. Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah & Agama rasa terpanggil bagi memberi komentar serta pandangan kritis berkenaan isu yang dibangkitkan semula di tanah air kita ini. Isu ini berkenaan hukum penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam dalalm konteks Negara Malaysia. Isu ini bertitik tolak daripada kes dimana pihak akhbar Herald Catholic Weekly yang menterjemahkan perkataan God  kepada Allah dalam satu terbitan akhbar mereka yang mana sudah berlalu 4 tahun yang lalu namun ia kini dibangkitkan kembali.


Firman Allah s.w.t :

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1) "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (4)
(Al-Ikhlas ayat 1-4)


 
All right reserved to Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah Dan Agama. Template by Perwadah USIM