Bismillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Selesai
sudah 2 program Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH)
sebelum semester 1 tahun 2014/2015 ini berakhir.
12 Disember 2014
Melihat kepada realiti masyarakat di Malaysia, masih ramai antara
kita mengambil sikap kurang prihatin terhadap golongan yang memerlukan.
Kota-kota besar di Malaysia seperti di Kuala Lumpur menyaksikan lambakan
gelandangan atau homeless. Maka, kami sebagai mahasiswa yang perlu cakna
kepada keperluan ini terasa terpanggil untuk mengadakan program membantu golongan
gelandangan yang memerlukan ini iaitu “Jejak Gelandangan Kuala Lumpur Siri 1”.
Selain membantu dari segi aspek kebajikan, penekanan terhadap elemen dakwah
juga diterapkan sepanjang program.
"Antara sebab kenapa dakwah kita selalu gagal
adalah kerana kita sendiri gagal 'membaca' manusia, gagal 'memahami' manusia.
Sebab tu, antara langkahnya, kita kena turun ke lapangan. Ke semua jenis
golongan. Termasuklah gelandangan."
Program
'Jejak Gelandangan Kuala Lumpur Siri 1' telah berjaya mencapai matlamat dan
objektif utama kami iaitu :-
i.
Membina
mahasiswa/wi yang peka dan prihatin terhadap kebajikan masyarakat yang
memerlukan seperti golongan gelandangan.
ii.
Menyemai sikap rendah diri dan syukur selain
membina kasih sayang antara peserta dan gelandangan.
iii.
Memberikan
pendedahan tentang Islam kepada golongan gelandangan selain melatih peserta
untuk menyampaikan dakwah.
iv.
Membuka
peluang kepada mahasiwa/wi untuk mendekati golongan gelandangan dan beramah
mesra dengan mereka.
Wajah-wajah tua terbaring lesu, kelihatan penat sehari suntuk berjalan mengikut arahan kaki, entahkan makan entahkan tidak, riak muka mereka gembira tatkala tangan-tangan kami menghulur makanan asasi. Kotak-kotak kosong dijadikan lapik untuk merehatkan jasad dan melelapkan mata. Satu persoalan yang terlintas, tatkala melihat golongan-golongan tua, tidur di jalanan,
"Mana anak-anak mereka?