Sunday 9 December 2012

Biografi Imam Fakhruddin Ar-Razi




Biografi
  • Abu Abdullah Muhammad ibni Umar ibn al-Husin al-Taimi al-Bakri al-Tabaristani Fakhruddin al-Razi atau Fakhruddin al-Razi adalah seorang ahli falsafah dan teologi Parsi yang beragama Islam.
  • Beliau dilahirkan di Rayy, sebuah daerah berdekatan dengan Teheran pada 25 Ramadhan 543 H.
  • Pengajian awal beliau adalah daripada ayahnya iaitu Diya'uddin atau Khatib al-Ray dan ilmu yang dipelajarinya ialah kalam, fiqh dan sains Islam.
  • Setelah itu, al-Razi meneruskan pengajian dengan Majduddin al-Jili dan Kamal Samnani.
  • Fakhruddin muslim bermazhab Syafie dan teologinya aliran Ash'ari.
  • Beliau dikenali sebagai Ibni al-Khatib dan Khatib al-Ray.
  • Di Afghanistan dan Iran, beliau dikenali sebagai Imam Razi.
  • Al Razi kemudiannya mengembara ke Khorezmi di Khorasan.
  • Di setiap bandar yang disinggahi beliau, ramai orang mendekati beliau untuk menuntut ilmu.
  • Malahan, beliau mencatatkan bandar-bandar yang dikunjunginya, murid-muridnya dan cendiakawan-cendiakawan yang ditemui.
  • Hasil pengembaraan beliau dirumuskan dalam bukunya yang bertajuk Munzarat Fakhruddin al Razi fi Bilad Ma Wara al-Nahar.
  • Beliau juga turut bertemu dengan beberapa pembangkang beliau seperti Mutazilah, Hanbali (yang menetang ilmu kalam), Batiniah dan Qarmatiah di mana ajaran mereka ini dikritik oleh al Razi.
  • Beliau menghabiskan masa tuanya di Herat dan membina masjid di situ.
  • Wafat pada tahun 1209 M atau 606 H, beliau dikebumikan di Herat, Afghanistan.

Karya
  • Hasil karya al Razi yang terkenal ialah Tafsir al-Kabir, sebuah tafsir al-Quran, juga dinamakan Mafatih al-Ghaib.
  • Karya falsafah beliau pula ialah Sharih al-Isharat, sebuah komentar mengenai karay Kitab al-Isharat wa al-Tanbihat karangan Ibnu Sina, al-Mahsul, sebuah karya fiqah dan Mahabis al-Mashriqya (Bicara Timur).

10 comments:

 
All right reserved to Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah Dan Agama. Template by Perwadah USIM