Saturday 13 December 2014

PROGRAM : "JEJAK GELANDANGAN KUALA LUMPUR SIRI 1" DAN "HIKING SOLIDARITY"

Bismillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Selesai sudah 2 program Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) sebelum semester 1 tahun 2014/2015 ini berakhir.

12 Disember 2014



Melihat kepada realiti masyarakat di Malaysia, masih ramai antara kita mengambil sikap kurang prihatin terhadap golongan yang memerlukan. Kota-kota besar di Malaysia seperti di Kuala Lumpur menyaksikan lambakan gelandangan atau homeless. Maka, kami sebagai mahasiswa yang perlu cakna kepada keperluan ini terasa terpanggil untuk mengadakan program membantu golongan gelandangan yang memerlukan ini iaitu “Jejak Gelandangan Kuala Lumpur Siri 1”. Selain membantu dari segi aspek kebajikan, penekanan terhadap elemen dakwah juga diterapkan sepanjang program.

"Antara sebab kenapa dakwah kita selalu gagal adalah kerana kita sendiri gagal 'membaca' manusia, gagal 'memahami' manusia. Sebab tu, antara langkahnya, kita kena turun ke lapangan. Ke semua jenis golongan. Termasuklah gelandangan."

Program 'Jejak Gelandangan Kuala Lumpur Siri 1' telah berjaya mencapai matlamat dan objektif utama kami iaitu :-

i.                    Membina mahasiswa/wi yang peka dan prihatin terhadap kebajikan masyarakat yang memerlukan seperti golongan gelandangan.

ii.                   Menyemai sikap rendah diri dan syukur selain membina kasih sayang antara peserta dan gelandangan.

iii.                Memberikan pendedahan tentang Islam kepada golongan gelandangan selain melatih peserta untuk menyampaikan dakwah.

iv.                Membuka peluang kepada mahasiwa/wi untuk mendekati golongan gelandangan dan beramah mesra dengan mereka.


Wajah-wajah tua terbaring lesu, kelihatan penat sehari suntuk berjalan mengikut arahan kaki, entahkan makan entahkan tidak, riak muka mereka gembira tatkala tangan-tangan kami menghulur makanan asasi. Kotak-kotak kosong dijadikan lapik untuk merehatkan jasad dan melelapkan mata. Satu persoalan yang terlintas, tatkala melihat golongan-golongan tua, tidur di jalanan,

"Mana anak-anak mereka?





Kita memang rasa penat, tapi, bila balik rumah, jasad kita mampu berehat enak di atas katil/toto yang empuk. Mereka pula, penat dan lapar, serta jasad mereka terima seadanya untuk merebahkan diri di atas kotak-kotak kosong. Jadi, hargailah apa yang kita ada sekarang ini. Syukuri dengan sentiasa beri dan beri. Beri khidmat yang kita mampu, beri infaq yang kita mampu, beri pertolongan yang kita mampu dan lain-lain lagi. PERCAYALAH, ERTI HIDUP ADA PADA MEMBERI.

Pihak PERWADAH berterima kasih pada pihak KASTAM cawangan KLIA kerana sudi bekerjasama bersama kami dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga pada dua orang pensyarah pengiring yang kami sayangi, Dr. Ahmad Najaa' dan Dr. Mohd Rosmizi. Terima kasih juga buat semua peserta junior dan senior yang sudi melaksanakan program ini bersama.




Setiap daripada kumpulan yang dibahagikan, ada cerita masing-masing. Setiap kumpulan, ada wakil lelaki dan perempuan yang terdiri daripada kastam dan pelajar USIM. Keselamatan tetap menjadi keutamaan.

Ada kumpulan yang kena maki dengan geng-geng jalanan (katanya, penagih mungkin tapi tak tahulah betul ke tak). Mereka hampir dikejar disebabkan ada yang mahu berebut makanan. Untung ada pihak kastam sebagai pengawal kami. Ada pula kumpulan yang senang bertemu dengan gelandangan. Melihat mereka tercari-cari kotak kosong untuk dijadikan lapik tidur di atas lantai sejuk. Ada juga kumpulan yang sempat beramah-mesra dan menyantuni para gelandangan dengan berborak-borak seketika bersama, selepas menghulurkan bantuan makanan asasi. Kami mengedarkan makanan nasi putih berlaukkan ayam masak merah bersama roti dan air mineral.






Antara pengalaman menarik ketika menyantuni mereka adalah tatkala mereka sendiri bercerita bagaimana mereka boleh jadi sebegini. Ada yang disebabkan kerana masalah kad pengenalan, tak diterima kerja dan sentiasa dibuang. Ada pula yang ditinggal keluarga. Ada pula seorang pakcik tua, mahu habiskan umurnya di Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Dia tidak berkahwin. Dia datang daripada Pulau Pinang. Dia merupakan jemaah tabligh. Paling seronok, banyak pesanan dia yang berkait dengan tasawuf. 



Antara pesannya :-

1) Formula 4x8 iaitu pertama, tidur yang cukup selama 8 jam. Kedua, minum air 8 gelas sehari. Ketiga, kaki melangkah 8000 langkah. Keempat, .....(terlupa).
2) Jangan banyak makan, jangan banyak tidur.
3) Ilmu ni, Allah yang bagi. Pakcik tak tahu apa-apa pun. Ini semua ilham Allah.

Hampir jam 1.30 pagi, kami sampai ke kolej kediaman masing-masing. Ada yang bersiap-siaga untuk mendaki pada awal pagi pula!

13 Disember 2014


Program kedua pula adalah 'Hiking Solidarity' di Bukit Broga. Anjuran Sekretariat Kesukarelawanan Mahasiswa (SKM) dengan kerjasama PERWADAH. Ini merupakan kolaborasi pertama kami bersama SKM.

Alhamdulillah, banyak pengalaman yang kami dapat. Seawal jam 7 pagi kami mendaki bukit.
Kepuasan terasa saat kaki mampu mendaki ke Bukit Broga, menikmati pemandangan indah dari sisi atas bukit. Antara aktiviti di atas bukit itu adalah :-

1) 'I Want To Take A Picture With You'
2) 'I'm Here With You Palestine'
3) Edaran risalah




Antara kata-kata semangat kesedaran yang diucap oleh seorang sahabat,

"Kita memegang bendera, bukan bermaksud kita ini hebat, dan kita saja yang menunjukkan keprihatinan. Tetapi, sekadar menyedarkan masyarakat yang tidak peduli tentang isu ummah."

Terkejut juga bila ada 'foreigner'  yang tanya, bendera apa yang dipegang oleh kami. Ya. Bendera itu. Bendera Palestin!




Alhamdulillah, sambutan untuk program ini amat menggalakkan! Ramai pengunjung yang datang meluangkan masa untuk mendaki Bukit Broga itu sempat bergambar dan meraikan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bersama, SKM dan PERWADAH. Ada pengunjung daripada orang Cina, 'foreigner' dan ramai lagi.

Semoga ukhuwah semakin erat. Semoga kita sentiasa ingat dan mendoakan Palestin tercinta kita!





Terima kasih semua atas kerjasama! Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan. Moga penat lelah kita di dunia, mendapat redha-Nya. :)

- Akidah Jitu, Ummah Berpadu!
- Mahasiswa Berbakti, Masyarakat Berkualiti!
- Mahasiswa Cakna, Masyarakat Terbela!

MOGA PERWADAH TERUS LAJU DAN MAJU UNTUK ISLAM DAN UMMAH!


2 comments:


  1. .

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete

 
All right reserved to Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah Dan Agama. Template by Perwadah USIM