Monday 19 January 2015

MISI PASCA BANJIR - GUA MUSANG, KELANTAN

Pada 17/1/2015 hingga 18/1/2015, beberapa pimpinan PERWADAH dan ahli PERWADAH berpeluang menyertai misi banjir ke-5 USIM di Gua Musang, Kelantan. 6 buah bas bertolak dari USIM, Nilai ke Kelantan. Ada wakil daripada SUKSIS, PALAPES, SKM dan PMFKP. Misi ini di bawah kelolaan HEP USIM, keselamatan dan FKP. Sebelum bertolak, NC USIM, Prof Dato' Dr. Musa Ahmad memberi amanat dan kata-kata semangat. Beberapa pensyarah FKP turut menyertai misi kali ini iaitu Dr. Ahmed Abd Malek (Nigeria), Dr. Solah (Mesir), Dr. Ahmad Najaa' (Ketua Program Pengajian Akidah dan Agama), Ustaz Khairi (Ketua Program Dakwah dan Kepimpinan Islam) dan dekan FKP sendiri, Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani.
Senior tahun 4 dan Presiden PERWADAH turun padang bersama
membeli keperluan untuk misi pasca banjir.
Membeli barang-barang keperluan misi pasca banjir.
Ustaz Khairi
Antara pimpinan PERWADAH yang turut bersama misi pasca banjir kali ini adalah :-

1) Mohamad Razi Bin Jalal (Presiden PERWADAH)
2) Basmah Binti Salleh (Timbalan Presiden PERWADAH)
3) Nadiah Hazirah Bt Md Ariffin (Exco Perhubungan dan Korporat)
4) Muhammad Zaied Bin Sidek (Exco Ekonomi dan Kebajikan)
5) Noor Syazana Binti Abd Hami (Exco Khidmat Masyarakat)
6) Mohamad Faizzuddin Ismat Bin Mohd Isa (Exco Khidmat Masyarakat)

Jam 10 pagi, semua bas mula bertolak menuju ke destinasi, iaitu Gua Musang, Kelantan. Kami sampai di sana lebih kurang jam 6 petang. 8 jam tempoh masa perjalanan yang diambil. Mahasiswa/wi daripada 4 program utama FKP iaitu Program Kaunseling, Program Dakwah dan Kepimpinan Islam, Program Komunikasi dan Program Pengajian Akidah dan Agama berpeluang berganding bahu bersama di dalam misi banjir kali ini.

Tempat kami semua bermalam dan melakukan kerja-kerja pembersihan.



Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di sana :-

*Membersih kawasan sekolah dan surau
*Cuci tandas
*Membasuh kantin sekolah dan dewan makan
*Gotong-royong membersih bangunan dan kelas-kelas tingkat 1 dan 2
*Memasak bersama





Beberapa pimpinan dan ahli PERWADAH bergambar kenangan bersama anak-anak
selepas menyantuni mereka, bertanya soal banjir.
Ustaz Khairi, En. Azmi, Prof Dr.Zulkiple dan Dr. Ahmad Najaa' turut bersama.
Alhamdulillah, bas selamat sampai ke bumi Nilai jam 2 pagi, 19/1/2015. Moga misi-misi sebegini akan bergerak lebih giat dan disertai lebih ramai mahasiswa/wi lagi.

~Langkah permulaan menuju ke medan lapangan~

"AKIDAH JITU, UMMAH BERPADU!"


No comments:

Post a Comment

 
All right reserved to Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah Dan Agama. Template by Perwadah USIM