Wednesday, 12 December 2012

Lawatan Ilmiah ke Institut Antarabangsa Pemikiran Islam Dan Tamadun (ISTAC)



Nama Program : Lawatan Ilmiah ke Institut Antarabangsa Pemikiran Islam Dan Tamadun (ISTAC)
Tarikh Program : 12/12/2012
Tempat ProgramInstitut Antarabangsa Pemikiran Islam Dan Tamadun (ISTAC)
PenganjurOrganisasi Mahasiswa/wi Pengajian Akidah & Agama Tahun 2 dengan kerjasama PERWADAH
Kumpulan/Sasaran Peserta 94 Orang Mahasiswa/wi Pengajian Akidah & Agama Tahun 2



Ringkasan Perjalanan Program :

  • Pada  tarikh 12 Disember 2012 kami bertolak dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia pada jam 0930 pagi dan perjalanan kami memakan masa selama 1 jam diiringi oleh Ustaz Najaa Mokhtar. 
  • Pada jam 1030 pagi kami tiba di ISTAC. 
  • Kami disambut oleh pihak ISTAC dan dibawa ke dewan utama ISTAC yang sangat unik dari sudut seni binanya. 








  • Kami diberi sedikit taklimat mengenai sejarah penubuhan ISTAC oleh Prof Dr Baharuddin Ahmad.
  • Selepas selesai taklimat ringkas beliau, seramai 3 orang pelajar telah bertanya beberapa soalan mengenai ISTAC dalam sesi “Questions & Answer”. 


  • Kemudian kami dibawa melawat perpustakaan ISTAC yang sangat besar dan sudut senibinanya sangat menarik. 
  • Sebanyak 1700 jilid koleksi buku yang terdapat di perpustakaan tersebut. 











  • Aktiviti melawat dan menghayati buku-buku lama dan bersejarah telah berakhir pada jam 1.00 petang dan kami dibawa ke dewan makan untuk makan tengahari. 
  • Lawatan kami telah berakhir pada jam 1.30 tengahari. Segala aktiviti yang dirancangkan telah berjalan lancar walaupun kami tiba agak lewat kerana masalah teknikal.
Kelebihan/Manfaat Program kepada Peserta :
  • Dapat mengeratkan dan mengukuhkan hubungan silaturahim antara para pelajar 
  • Dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sebuah institut yang berjaya. 
  • Dapat memupuk semangat pelajar untuk lebih mengkaji mengenai sejarah islam.
Cadangan Penambahbaikan Program :
  • AJK program hendaklah peka dalam tugas masing-masing. 
  • Semua pelajar diwajibkan mengikuti program yang akan datang 
  • Menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan 
  • Memanjangkan tempoh program selama 1 hari supaya banyak program yang bermanfaat boleh diadakan

3 comments:

  1. Moga program lawatan ini menjadi tradisi ahli perwadah setiap batch. Tahniah

    ReplyDelete
  2. kenapa ya dewan ini seperti gereja? siapa yang design??

    ReplyDelete
  3. knp dewan ini meyerupai gereja? bila menyerupai gereja berlaku fitnah di internet dan fb. kesian org2 islam yg digambarkan seolah-olah sedang mendengar ceramah didalam gereja. minta penjelasan pihat INTAC.

    ReplyDelete

 
All right reserved to Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah Dan Agama. Template by Perwadah USIM