Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan seru sekian alam. Selawat dan
salam buat junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w penutup sekalian para Nabi dan Rasul. Persatuan Mahasiswa Pengajian
Akidah & Agama rasa terpanggil bagi memberi komentar serta pandangan kritis
berkenaan isu yang dibangkitkan semula di tanah air kita ini. Isu ini berkenaan
hukum penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam dalalm konteks Negara Malaysia.
Isu ini bertitik tolak daripada kes dimana pihak akhbar Herald Catholic Weekly
yang menterjemahkan perkataan God kepada
Allah dalam satu terbitan akhbar mereka yang mana sudah berlalu 4 tahun yang
lalu namun ia kini dibangkitkan kembali.
Firman Allah s.w.t :
Katakanlah (wahai Muhammad):
"(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1) "Allah Yang menjadi tumpuan
sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2) "Ia tiada beranak, dan
Ia pula tidak diperanakkan; (3) "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa
denganNya". (4)
(Al-Ikhlas ayat 1-4)