Wednesday 28 November 2012

Pengharaman Buku-Buku Tulisan Ustaz Rasul Dahri yang Telah Diperakui Haram

1. Bahawa buku-buku tulisan Encik Rasul Dahri adalah diharamkan di Negeri Pulau Pinang sebagaimana pengharamannya di peringkat kebangsaan.
2. Buku-buku tersebut ialah :-
i) Tajuk : Bahaya Taqlid Buta Dan Ta'sub Mazhab
Penulis : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
ii) Tajuk : Imam Syafie (Rahimahullah) Mengharamkan Kenduri Arwah Tahlilan, Yasinan dan Selamatan
Penulis : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
iii) Tajuk : Amalan-amalan Bid'ah Pada Bulan Sya'ban
Penulis : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
iv) Tajuk : Bahaya Tariqat Sufi / Tasawuf Terhadap Masyarakat
Penulis : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
v) Tajuk : Hukum Mengenai Rokok Dan Mencukur Janggut
Penulis : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
vi) Tajuk : Setiap Bid'ah Menyesatkan
Penulis : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
vii) Tajuk : Persoalan Bid'ah Menyesatkan
Penulis : Rasul Dahri
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, Taman Kempas, Johor Baharu
3. Pengharaman buku-buku ini adalah kerana didapati boleh :-
i) Bercanggah dengan garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam.
(a) (i) Mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan Mazhab Ali Sunnah Wal Jamaah.
(b) (ii) Menyebarkan kenyataan yang menggemparkan fikiran orang ramai dan menimbulkan keraguan dan kegelisahan kepada masyarakat awam.
4. Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar kandungan buku tersebut adalah dilarang sama sekali.
5. Pengharaman ini juga meliputi untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasi atau apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau apa-apa media atau apa-apa media atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran dan isi kandungan buku-buku tersebut.

Status Penwartaan:
Diwartakan

Nombor Rujukan:
PU/PP 3200 Jld. 1

No comments:

Post a Comment

 
All right reserved to Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah Dan Agama. Template by Perwadah USIM