Pada
17/1/2015 hingga 18/1/2015, beberapa pimpinan PERWADAH dan ahli PERWADAH
berpeluang menyertai misi banjir ke-5 USIM di Gua Musang, Kelantan. 6 buah bas
bertolak dari USIM, Nilai ke Kelantan. Ada wakil daripada SUKSIS, PALAPES, SKM
dan PMFKP. Misi ini di bawah kelolaan HEP USIM, keselamatan dan FKP. Sebelum bertolak, NC USIM, Prof Dato' Dr. Musa Ahmad memberi amanat
dan kata-kata semangat. Beberapa pensyarah FKP turut menyertai misi kali ini
iaitu Dr. Ahmed Abd Malek (Nigeria), Dr. Solah (Mesir), Dr. Ahmad Najaa' (Ketua
Program Pengajian Akidah dan Agama), Ustaz Khairi (Ketua Program Dakwah dan
Kepimpinan Islam) dan dekan FKP sendiri, Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani.
Senior tahun 4 dan Presiden PERWADAH turun padang bersama membeli keperluan untuk misi pasca banjir. |
Membeli barang-barang keperluan misi pasca banjir. |
Ustaz Khairi |
1) Mohamad
Razi Bin Jalal (Presiden PERWADAH)
2) Basmah
Binti Salleh (Timbalan Presiden PERWADAH)
3) Nadiah
Hazirah Bt Md Ariffin (Exco Perhubungan dan Korporat)
4) Muhammad
Zaied Bin Sidek (Exco Ekonomi dan Kebajikan)
5) Noor
Syazana Binti Abd Hami (Exco Khidmat Masyarakat)
6) Mohamad
Faizzuddin Ismat Bin Mohd Isa (Exco Khidmat Masyarakat)
Jam 10 pagi,
semua bas mula bertolak menuju ke destinasi, iaitu Gua Musang, Kelantan. Kami
sampai di sana lebih kurang jam 6 petang. 8 jam tempoh masa perjalanan yang
diambil. Mahasiswa/wi daripada 4 program utama FKP iaitu Program Kaunseling, Program
Dakwah dan Kepimpinan Islam, Program Komunikasi dan Program Pengajian Akidah
dan Agama berpeluang berganding bahu bersama di dalam misi banjir kali ini.
Tempat kami semua bermalam dan melakukan kerja-kerja pembersihan. |