Alhamdulillah. Tahniah pada al-fadhil ustaz Dr.Zulkifli Al-Bakri atas perlantikannya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Semoga mendapat keredhaan Allah dan semoga ustaz dapat menjalankan amanah baru ini dengan sebaiknya. Semoga Islam semakin bersinar.
Pada 22/6/2014, Persatuan Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH), dengan kerjasama Surau Al-Hidayah, Desa Pinggiran Bayu, Mantin,
Negeri Sembilan telah menjemput ustaz Dr. Zulkfli Al-Bakri untuk sesi kuliah
Maghrib bersama beliau. InsyaAllah, artikel kali ini akan berkongsi serba
sedikit nota dan catatan ringkas berkenaan apa yang telah beliau sampaikan.
Tajuk kuliahnya adalah 'Madrasah Ramadan Melahirkan Generasi Rabbani'.
Dalam menghadapi bulan Ramadan, kita menggunakan 1001 macam tenaga untuk
melalui hari-hari kita. Antara hikmah berpuasa adalah untuk mendapatkan takwa.
Selamat kita daripada maksiat, selamat kita daripada apa yang diharamkan Allah.
Orang yang bertakwa akan memiliki kejayaan dan kesenangan.
Bila datangnya Ramadan, kita akan ke masjid. Alangkah indahnya andai
amalan itu berterusan walaupun setelah selesai bulan Ramadan. Bila datangnya
Ramadan, kita akan bangun awal untuk sahur. Sempat nak buat solat tahajud.
Alangkah indahnya andai kita boleh istiqamah untuk bangun awal dan tahajud
walaupun setelah selesai Ramadan.
Bulan Ramadan melahirkan jenama yang baru iaitu mukmin yang bertakwa.
Dan kenapa Allah mewajibkan puasa? Salah satunya adalah kerana untuk MELAPARKAN
ORANG-ORANG KAYA. Orang kaya tak pernah rasa lapar. Kenyang sentiasa. Ustaz
juga menyebut berkenaan kes adik Firdaus yang dikurung hingga badannya tinggal tulang
saja. Dah berapa lama dia tak makan, tapi kita sentiasa dihidang dengan makanan
dan sentiasa merasa kenyang!
Selain itu, puasa juga bertujuan untuk mengeluarkan kebiasaan manusiawi
makan di siang hari. Sepanjang berpuasa, kita tak makan di siang hari. Juga,
bilamana Allah taklifkan pada kita ibadah puasa, selalu yang kita alpa adalah
MASA! Kita tahu dan sedar aset akhirat kita sedikit, tapi, kita masih banyak
membuang masa.
Orang yang tahu hakikat Ramadan, Allah bagi lebih SALE, beratus kali ganda
pada dia! Kalaulah orang tahu hakikat Ramadan, mesti dia nak Ramadan tu
sepanjang tahun. Penghulu bagi setiap
bulan adalah bulan Ramadan. Bulan Ramadan ni, kita ada solat sunat Tarawih.
Tarawih ni sebenarnya tarbiyyatul tarawih. Maknanya, sembahyang santai. Bukan
bermaksud kita solat main-main, santai-santai, tapi, solat sunat Tarawih ni
adalah solat untuk kita berehat.
Jemaah muslimat.. |
Antara perkara penting di bulan Ramadan adalah suka menjamu orang yang berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (Riwayat Tirmidzi)
Ustaz juga menceritakan sedikit
perihal Imam Malik. 'Ini bulan kitab Tuhanku', kata Imam Malik. Dia pun pergi
meninggalkan majlis ilmu. Dia membaca Al-Quran, menghadamnya, mengajar Al-Quran
dan berjinak dengan Al-Quran.
Dan, andai ada rezeki lebih, setiap
6 atau 7 tahun, kita kumpullah duit dan buatlah umrah dalam bulan Ramadan. Akhir
sekali, pesanan ustaz, isi bulan Ramadan
dengan majlis-majlis ilmu. Contohnya : Kuliah 7 minit ke dan sebagainya.
Penghargaan daripada pihak USIM |
Penghargaan buat ustaz Dr. Zulkifli Al-Bakri |
Beberapa wakil pelajar USIM, Tahun 2, Pengajian Akidah dan Agama bersama pensyarah USIM, Dr. Rosmizi. |
Bergambar kenangan bersama ustaz Dr. Zulkfli Al-Bakri |
Selamat menjalani ibadah puasa! Moga Allah sampaikan kita pada bulan
Ramadan kali ini, hingga ke hari terakhirnya. Mari sama-sama kita tajdid niat
keranaNya dan tingkkatkan amalan ketaatan serta tinggalkan amalan kemaksiatan!
Moga Allah redha kita.
Dari Abu Hurairah
radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa
itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu
sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah
bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau
mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang
berpuasa””. (Riwayat al-Bukhari
& Muslim)
Moga madrasah Ramadan kali ini dapat melahirkan generasi Rabbani, yang
hatinya dekat dengan kalam Ilahi (Al-Quran), yang dirinya terikat dengan rumah
Ilahi (masjid) dan sentiasa ingat Allah dalam setiap gerak gerinya. Moga puasa
kita bukan sekadar lapar dan dahaga,
akan tetapi ada nilai dan diterima olehNya. InsyaAllah.
*Untuk melihat suasana dan gambar sekitar ceramah di Surau Al-Hidayah, boleh Klik di sini
No comments:
Post a Comment